Tuesday, January 10, 2012

KISAh AKU dan DiA.....

Aku mengenali dia selama 7 tahun sebelum kami mengikat tali pertunangan, 6 taun sebelum tu kami cuma kawan, aku dengan hidup aku dan dia dengan hidup dia, dan dalam hatiku ada orang lain waktu itu. Dia teman yang setia di kala aku terluka, dia akan cuba sedaya upaya membuatkan aku senyum tatkala aku kesedihan.. dan dalam diam baru aku tahu rupa-rupanya dalam hati dia ada AKu...namun sekali pun dia tidak pernah cuba meracuni pikiran ku untuk menerima dia, walau hati kecilku dapat meneka perasaan dia padaku, namun aku butakan hati, pekakan telinga hanya kerana CINTA yg  akhirnya xkemana. 


tatkala aku terpaksa melepaskan orang yang aku sangka akan menjadi teman hidup aku waktu itu, dia datang menghulurkan tangan, aku dalam kebingungan, x pasti dengan perasaan sendiri...CINTA bukan lagi indah bagiku, CINTA hanya ungkapan semata2, dan CINTA tidak lagi bermakna. dan ketika itu aku pernah mengatakan pada nya " dalam hatiku hanya ada Cinta yg dulu, tiada ruang untuk org lain..walau kami berpisah tapi hati ini susah untuk melupakan kenangan dulu.."  aku takut aku hanya akan melukakan hati dia..aku takut aku hanya menerima dia kerana aku keseorangan dan aku takut aku tidak akan dapat belajar mencintai dia...


YA...aku sygkan dia, dia seorang yg terlalu baik untuk diri aku...seorg yg menerima aku seadanya. tapi sayang bukan bermaksud cinta...Tapi insan bergelar dia tetap mencuba "saya akan cuba sehingga hati awak terbuka untuk saya" walau aku merasakan diri ini tidak mampu tapi dia tekad, walau hati dia bakal terluka...tapi dia meminta satu peluang, cuma satu peluang..."kita cuba..kalau ada jodoh kita insyallah"


kerana kesungguhan itu, aku cuba bukakan hati, jawapan aku senang " kalau awak btol2 serius, datang rumah..saya malas nak bercinta bagai nak rak, last2 xder pepe". dan hingga hari aku bergelar tunangan DIA, aku masih tidak pasti dengan perasaan sendiri...aku terlalu sygkan dia, tapi adakah ruang untuk diri aku untuk mencintai. CINTA membuatkan kita susah untuk menerima, cinta membuatkan kita susah untuk percayakan sesiapa, perasaan takut keseorangan setelah aku percaya DIA lah yg dijadikan untuk aku....perit.


Kini, aku belajar mencintai dia...aku ingin memohon maaf pada dia, kerana menunggu terlalu lama..terima kasih kerana mengajar aku erti cinta, kerana tidak berputus asa dengan diriku...kerana tetap bersama ku walaupun pedih...semoga kita akan bahagia selamanya. insyaallah, akan kita hadapi dugaan hidup ini bersama2. tiada kata yg dapat aku lafazkan kecuali aku menyintai dia, 


kerana DIA adalah SUAMIKU....
di dunia dan akhirat...
insyallah...

4 comments:

  1. wah.. hampir nangis sy baca entry ni.... mcm ada kene mengena plak entry ni dgn sy...

    ReplyDelete
  2. MR trail wat2 xtau yer....ele, malu nak ngaku lar tu...

    ReplyDelete
  3. nampak gayanya pisang bakal berbuah dua kali tapi kali ni kat pokok sebelah dye...huhu

    ReplyDelete

Daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers