Thursday, May 31, 2012

Apa ada pada sijil???

12 Mei 2012, tanggal aku memegang segulung ijazah, Master in Business Administration (MBA), mungkin bagi setengah orang tahap pelajaran di ukur dgn berapa byk sijil yg die ada, dan mungkin jugak org akan lebih memandang tinggi bila seseorg ada title Dr., dan org akan lebih menghormati bila mana seseorg bergelar cendikiawan. Ya...aku tak nafikan, aku jugak mempunyai perception sebegitu...tipu klo aku katakan aku tidak memandang semua ni...sama seperti antara org yg berduit dibandingkan dgn tidak berduit...pandangan org xkan sama.

Namun, bagi aku, tinggi nyer ilmu seseorg bukan di ukur hanya dgn sijil...aku akan lebih menghormati seseorg yg tinggi ilmu dan baik pekerti. maksud, setinggi mana pon sijil yg ko ader, tiada riak dalam hati....dan sepatutnyer golongan ini lebih tahu menghormati org lain, lebih pandai bergaul dan tidak memandang org lain sebelah mata...kerana sijil hanya kertas semata2, kecuali org yg memegangnyer mengamalkan apa yg di ajar, dan tidak lupa nilai2 murni yg patut ada. moral of the story, setinggi mana pon kita terbang, ingatlah kita akan mendarat ke tanah jua......hormatilah org lain sepertimana kita menghormati diri sendiri. 

ikhlas aku katakan, pada hari yg bersejarah ini, apa yg paling membuatkan ku gembira dan tersenyum bukan lah kerana segulung ijazah...bagaimana aku bangga kerna berjaya mendapatkannya....coz its nothin if u can't share ur happiness with ur famili. AKU berdiri disini dengan susah payah, perjalanan hidup yg bukan senang...berapa byk air mata yg tumpah sepanjang perjalanan....namun aku gagahi bila mengenangkan org disekeliling yg sentiasa ada. SUAMIku merangkap kawan yg plg baik, KELUARGAku...KELUARGA mertua ku.....these are the people who actually make this dream come true. Dan hari ini, aku dengan rendah hati berterima kasih kerana sudi bersama2 berkongsi kegembiraan ku....

SUAMI ku, ketika aku memegang diploma, engkau ada di situ...menghadiahi ku sejambak bunga supaya aku tidak malu dgn kawan2 kerana hanya aku yg tidak dihadiahi apa2....tatkala aku meraih ijazah sarjana, kau bersusah payah dgn "KANCIL" dtg ke KL...dan aku masih ingat hari dimana aku hnya ditemani mu dan adik bongsu ku...dan bila mana nama ku di umumkan sbg penerima anugerah "NAIB CANSELOR" dan kelas pertama....TUHAN jer tahu betapa aku berdoa supaya mak dan ayah ku melihat ku ketika itu...menitis air mataku kerna org lain ditemani ibu bapa...tapi aku tahu, ibu dan ayah mendoakan aku dari jauh ketika ini.





dan hari ini....sekali lagi aku ditemani SUAMI ku bersama2 keluarga mertuaku dan keluarga ku......terima kasih ALLAh kerana memakbulkan doaku....hari ini aku menitiskan air mata sekali lagi....air mata gembira.buat ibu dan ayah ku.....AKU terlalu sygkan kamu dan ini lah saja yg dapat aku hadiahkan utk pengorbanan mu selama ini...

No comments:

Post a Comment

Daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers