Saturday, September 29, 2012

a stranger can never be compare to a FAMILY

aku bukanlah penulis apatah lagi sasterawan, namun aku juga mempunyai sesuatu untuk dituturkan.....

suatu ketika dahulu, aku pernah merasakan diri ini kekurangan kasih sayang, tiada yg peduli dan ambil tahu, aku seperti buih2 yg akan hilang, tiada kepentingan...dan kdg2 aku tertanya2 samada orang lain menyedari kewujudanku dalam dunia ini. hidupku dirasakan KOSONg, bak kata najwa latif...

Sepanjang ingatan ku, waktu kecilku tiada siapa yg mengingati hari lahirku....celebrate jauh sekali, tika aku sakit tiada tangan yg menyuapku, atau membelaiku....tiada kata2 sayang, ciuman dan pelukan...di kala aku menangis tiada yg memujukku supaya berhenti menangis, ketika aku tertekan dengan pelajaran tiada kata manis, semangat di ungkapkan.....dan ketika aku pulang dengan keputusan yg cemerlang, tiada kata TAHNIAH...pendek kata tiada yg pedulik. 

DAN aku mula mencari CINTA...org yg akan mengingati hari lahirku, memberikan ku hadiah...mengucapkan kata2 sayang, memujukku dengan kata2 indah, menemaniku menghilangkan rasa bosan. Suatu ketika dulu aku rasa inilah BAHAGIA yg aku dambakan, aku mula berfikir, NAH!!!!aku tidak kisah keluargaku tidak pedulikan aku asalkan aku ada dia, teman baruku.....aku alpa, aku merasakan dia untukku.....aku pernah bertanya " mengapa seorg manusia asing bagiku boleh menyayangiku lebih dari keluarga sendiri?????" hakikatnya bahagia ini hanya sementara.....

ketika itu aku lupa, walau IBU dan AYAHku tidak pernah mengingati tarikh lahirku, tidak pernah mengucapkan selamat hari lahir tetapi mereka tidak putus2 mendoakan kesejahteraan ku, bukan sehari malah seumur hidupku. Ketika aku sakit, aku tidak sedar MEREKA tidak akan boleh tidur selagi aku tidak melelapkan mata, aku tidak pernah dibelai, disayangi dengan kata2, tiada perkataan " IBU, AYAH sayang kamu" sepertimana yg aku ingin dengar namun jauh disudut hati mereka anak2 mereka adalah NYAWA mereka....ketika aku menangis IBUku tidak pernah menyeka air mataku....tapi aku tidak sedar dia turut menangis di belakangku...ketika aku tertekan, aku tidak pernah tahu IBU dan AYAHku memohon pada ALLAH biarlah kesusahan itu mereka yg tanggung...dan ketika aku berjaya, mereka akan sujud syukur bagi pihak ku dan tidak pernah lupa bangun malam memohon pada ALLAH supaya aku akan berjaya selama-lamanya.....

ingatlah, keluarga adalah segala-galanya....a stranger will be a stranger, walau kita kenal die lebih dari 10 tahun tapi he might come into our lives however he will be gone when the times come. jangan meletakkan seluruh harapan kepada org lain, kerana tanpa apa2 ikatan dia adalah ORANG ASING walau kita menyatakan pada diri sendiri " aku kenal dia" " aku percaya die". ALLAH telah menganugerahkan kita dengan nikmat KELUARGA.....hargailah, jgn pernah melebihkan org lain dari keluarga sendiri......kerana siapa yg akan berada disisimu ketika susah? keluarga...siapa yg akan menangis bersamamu when things get hard??? pastinya KELUARGA....

3 comments:

  1. best2....dah mcm aisya sofea dah ni.
    insyallah akan slalu ingat pesanan ni. =)

    ReplyDelete
  2. dah kol mek few days ago mntk dia doa....

    ReplyDelete
  3. aisya sofea tu novel ko? hehehehehe....saja2 merapu di petang hari

    ReplyDelete

Daisypath

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers